Copyright 2021 - Custom text here - Theme: MegaMoolahSpielen

PENGENALAN

Seminar Dron 2021 (SEMID 2021) merupakan seminar kesinambungan daripada Seminar dan Pameran Dron Kebangsaan (NADES) 2016. SEMID 2021 bertemakan terbang bersama demi Malaysia yang lebih makmur untuk memberi pendedahan kepada agensi kementerian/jabatan berkenaan teknologi dan potensi dron agar membantu dalam merangka polisi sejajar dengan dasar kerajaan. Selain itu, seminar ini adalah sebagai  networking platform bagi penyelidik dan pemain dalam industri untuk berkongsi ilmu berkenaan teknologi dan perkhidmatan dron. memandangkan penggunaan dron adalah semakin meluas di Malaysia, libat urus antara pembuat dasar dengan pemain industri, ahli-ahli akademik serta pihak berkepentingan bagi mewujudkan sinergi dalam mengurus perkembangan dan hala tuju teknologi dron di malaysia juga merupakan sasaran seminar ini.

f t m